Thursday 2 May 2013

PRU 13

Assalamuailaikum....

Wahai rakan-rakan panglima saiber....mari lah kita semua bersama berjuang dalam PRU kali ini dengan semangat perjuangan yang sihat. Janganlah telalu taksub terhadap sesebuah parti tapi kita perlu perjungkan masa depan anak cucu yang tak tahu lagi apakah kesudahanya. Jadi bersamalah membuat pilihan yang betul dengan segala pertimbangan sewajarnya. Gunalah akal dan fikiran yang ilahi berikan sebaik mungkin yang mana kita dalah sebaik-baik ciptaan ilahi. Selamat mengundi

Thursday 23 February 2012


Salam perkenalan.
Buat semua sahabat alam maya..blog ini adalah buah tangan sulung yang saya hasilkan ekoran tuntutan tanggungjawab yang semakin mencengkam pundak.. sebenarnya telah lama saya berkeinginan untuk memiliki blog sendiri, tapi keadaan tidak mengizinkan...saat terdetik untuk memiliki blog sendiri berputik tatkala membaca blog yang dimiliki oleh rakan-rakan saya..
Untuk tulisan yang julung ini saya ingin mengajak sahabat untuk berkongsi idea dan pandangan tentang topik 'blog'..Melihat kepada sistem pendidikan yang banyak mengalami perubahan dari semasa ke semasa, saya tertanya-tanya adakah wajar atau rasional guru-guru menggunakan blog untuk melancarkan proses P&P (pengajaran dan pembelajaran) seperti yang dituntut?